Belajar trading dengan step yang betul, PERCUMA!
Selagi mindset masih mengejar profit dan kesempurnaan teknik, kita pasti akan terjerat, sampai bertahun lamanya.

±21 jam kandungan PERCUMA: pembelajaran tentang mindset, risk management, trading system + self-diagnosis, serta psikologi dalam trading!
Kursus sedang dibina: 20 daripada 29 episod dah boleh ditonton, yang lain ditambah selepas setiap live.
Apa yang anda akan belajar
- ✓Set minda bahawa hasil dari trade seterusnya adalah rawak, dan kenapa itu bukan satu masalah
- ✓Saiz lot dan risiko setiap trade, had harian, kadar ketahanan losing streak
- ✓Persamaan budaya trade FM, layering dan konsep berjudi
- ✓Cara kenal pasti punca setiap emosi yang terbit dalam trading, dan solusinya
- ✓... dan pelbagai lagi ilmu yang jarang dikongsi di luar sana!
Kenapa kursus ini?
Kalau anda pernah rasa dah faham semua, tapi akaun masih tak ke mana, anda tak keseorangan. Kebanyakan trader terperangkap bukan sebab kurang teknik, tapi sebab tiada struktur: tiada had risiko, tiada pelan bertulis, dan tiada cara membaca emosi sendiri. Kursus ini menyusun semua itu, langkah demi langkah, supaya anda tak perlu belajar dengan cara yang paling mahal.
Apa yang anda TAKKAN dapat
- ✕Teknik, indicator atau EA confirm profit, atau 'holy grail'
- ✕Cara gunakan leverage besar untuk trade Full Margin
- ✕Teknik melayer yang 'susah/takkan loss'
- ✕Depo kecil untuk 'flip' dan berjudi guna nasib
Siapa yang mengajar

Ghadaffi Khalid16 tahun pengalaman dalam dunia trading. Pengasas CORE Traders Network.
- •Trader, tenaga pengajar dan IB/MIB
- •Risk Assistant di Jabatan Risiko sebuah broker
- •BDM, dan pernah mengemudi seluruh jabatan marketing sebagai CMO pada tahun 2020
- •Berkongsi ilmu teknikal dan pengurusan risiko di Facebook sejak 2013
- •Live setiap hari di TikTok & FB sejak 2024
“Trading bukan untuk mereka yang berjiwa lembut, mahupun yang berdarah 'pahlawan'. Ia perlukan seseorang yang mampu menguruskan masa, risiko dan emosi dengan TENANG dan DISIPLIN. Tak guna ada teknik buat duit setiap hari, tapi kehidupan sebenar punah kerana menjadi penyembah chart.”

